Kisah Bunuh diri BOMBA dan COVID-19

my Hero

hi assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Pertama sekali maaf kalau tajuk itu macam kurang ajar sikit yaa,sis cuma  mahu supaya teman-teman lebih peka untuk membaca dahulu sebelum share.meh laa start...



Hanya ingin berkongsi cerita dan perasaan sepanjang PKP berlangsung sebagai  salah seorang frontliner yang berada disebalik tabir.[Kenapa disebalik tabir sebabnya tidak keluar operasi].
Sepanjang PKP berlangsung Bomba juga terkena tempias dimana kami harus bersiap sedia untuk membuat beberapa kerja-kerja sanitasi dan beberapa kerja lain.
Apa yang menarik  sepanjang PKP berlangsung kes kebakaran hutan,lalang dan belukar kurang diterima.

Saya juga sangat berbangga kes kemalangan dalam masa seminggu adakalanya tiada panggilan langsung..hebatkan PKP,betapa rakyat malaysia sangat takut pada COVID-19,hebat sangat virus ni.

Adakala terfikir inilah yang rakyat mahukan selalu,mengeluh selalu penat berkerja dan kini duduk rumah dan tidak boleh keluar kemana-mana.rasa aman pada masa seminggu dua.

 TETAPI!!TETAPI!! hurmm..agak-agak apa yaa?

Tahukah anda selepas beberapa minggu  PKP  berlangsung, kami  banyak menerima panggilan cubaan membunuh diri,seperti ingin melompat terjun dari bangunan[ini yang sering diterima],kadang terima bantuan mengambil mangsa yang gantung diri,sudah melompat tetapi tidak mati hanya cedera parah dan kemudian bila sudah sampai hospital disahkan mati.

Tidak kira bangsa,semua nak rasa mati cepat angkara siapa? COVID_19!![jahatnya awwakk]

Adakalanya tidak sempat berfikir kenapa mereka ambil keputusan untuk bunuh diri , telefon berbunyi lagi untuk menyelamatkan mangsa lain.

Ada satu hari kerana kes yang sama,saya meminta laporan seperti orang yang tiada perasaan :

"hello,ini dari @#$%^&* nak tanya laporan awal,orang tu dah mati belum?
"hello..orang tu masih hidup lagi ke?dia tak jadi mati?

tak berhati perutnya pertanyaan,tapi itu kenyataan bila rasa putus asa dengan manusia yang berfikiran singkat begini. 

Bila rasa semuanya selesa duduk rumah. sebenarnya ada yang menderita,bila kejadian penyakit pandemik ini berlaku,baru kita sedar sebenarnya kenapa hidup kita seperti tidak berhenti pada satu perkara sahaja.Anda fikirkanlah sendiri kenapa,dan jangan pernah mengeluh lagi.Semua ada hikmahya.Sebesar apa pun ujian janganlah ambil jalan pintas untuk lari dari masalah.Semua itu adalah ujian,hadapilah ujian itu setenang-tenangnya.

Terima kasih kerana gigih membaca..

Comments