Resepi kulit karipap sardin Rangup dan mudah



assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini mari la sis luahkan cara membuat kulit karipap yang rangup dan sangat mudah untuk dilakukan.Tutup-tutup mata je dah jadi..[woww hebat sangat tuu]..inti terpulang nak letak apa yee..sebab inti tu apa-ap je boleh letak,tapi ada je kat bawah sekali cara nak buat tapi simple sangat okey.

Bahan-bahan-
  • 600 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu minyak dan marjein suam
  • air
cara-cara;

sediakan tepung gandum dalam bekas yang kering,kemudian panaskan minyak dan marjein dalam kuali,[tidak perlu panas sangat pun boleh] kemudian masukkan minyak tadi dalam tepung menggunakan sudu,kacau sampai semua terpalit pada minyak,bagi sejuk sikit laa yee,kemudian uli hingga sebati,kemudian masukkan air sedikit sehingga adunan tadi jadi doh.selepas tu rehatkan kejap doh tadi,ambik kayu roll siap2 sementara rehatkan doh.selepas itu bahagikan laa doh tadi mengikut saiz 1 biji karipap yang teman2 inginkan.roll sehingga nipis{jgn terlalu nipis },masukkan inti kemudian kelim atau gna acuan,nak nampak cantik sis guna acuan mudah!

bahan-bahan inti;
  • isi sardin-5 ekor ikan dalam tu
  • bawang merah-1 biji
  • garam
  • gula
cara-cara;

panaskan kuali,masukkan bawang terlebih dahului,jangan masukkan kuah sardin tu semua ye,kemudian masuk isi sardin[sebelum tu hancurkan dulu sardin,tapi jangan terlalu hancur],kemudian masukkan garam dan gula mengikut citrasa,selepas itu masak sehingga sedikit kering[jangan kering sangat]siap.dah ambik doh masukkan inti goreng.nyummmmm....


Comments